ala, tiba2 rasa nak termuntah... hati sgt sedih(xtau la tiba2 emo kat ofis ni kan..). rasa mcm terbuang je... aku faham napa suma2 ni jadi tapi xyah la obvious sgt buang aku mcm ni kan.. mama slalu cakap, kita x slalu kat atas. pusing2 akan jumpa muka tu jugak, so aku amik keputusan utk tunggu dan lihat. aku x benci tapi sgt FRUST...
aku rasa bukan salah aku pun. bukan aku yang create suma2 ni pun. aku x rasa aku yang punca just mcm aku cakap tapi, aku FRUST.. bila x appreciate, x ingat apa2 yang da aku buat untuk menolong(x ungkit langsung, sekadar utk mengingat takut2 terlupa), suma jadi tawar hati. mula la macam2 mak nenek masuk dalam kepala otak yang telah sedia kala berserabut.
apa2 pun, aku x harap miracle coz aku tau aku xperlu. aku just harap yang suma akan ok balik.
*slalu sedar diri dengan suma keadaan..
ENUFF....
KITA START CHAPTER BARU...
dalam masa yang sama, aku tgh happy... hati sedang dimasuki oleh seseorang..walaupun dugaan ya maha hebat sedang melanda... tapi aku rasa aku seorang yang suka amik risiko dan aku harap risiko yang akan aku lalui akan berbaloi utk tempoh yang terdekat...
*hati..pujuk la perasaan...
Isnin, 2009 November 30
FRUST...
Ahad, 2009 Oktober 25
August..
Macam malas giler bulan ni... Tapi dalam malas2 pun, banyak gak la event yang jadi...
1 October 2009
Najwa Irdina lahir ke dunia... Semua org sgt2 terkejut. Daripada start scan, sampai la akhir2 scan, kitorang suma bila pegang perut Ya, akan pangge ALI... Tapi bila kuar je, perempuan jugak. Bertambah lagi la girl dalam Al-baghtar nih!!. Tapi, sapa pun yang kuar, kitorang happy je. Muka najwa sebijik muka Najla masa lahir2 dulu.. Tapi si kakak asyik merajuk je. jenuh memujuk!! Part paling best bila dalam bilik hospital tu Abe n Ya dok pening kepala memikir nama apa nak bagi pada si baby tu. Saat2 mcm ni mula la aku teringat kat Baba n Mama masa Baby baru lahir dulu. Kes macam Najwa la. Da siap nama SHAIKH MOHD SHAFIQ tapi last2 kuar SITI FATIN SHERRINA kan...
2 October 2009
Aloy gi offshore. Mmg saat2 tu suma org sedih la tapi x la sesedih masa bulan puasa dulu. Pantang sebut nama Aloy, Makteh mesti nanges. Dan disebabkan penyakit ni menyangkit, maka ramai2 la mengeluarkan air mata.. Ye la, Makteh dok pk la, anak dia beraya sorang2 kan, kita kat sini sonok2 je.. Tapi at last, xjadi so dapat la kitorang beraya macam nak rak dengan baju berwarna warni...So bila abis raya, Aloy pun berangkat la ke Bintulu dan skrang da ada kat Terengganu. Tadi call Makteh, Makteh cakap lagi 3 minggu kot Aloy balik. Sumpah aku rindu dia sgt2....!!!
5 October 2009

Selasa, 2009 September 15
Perempuan Satu Anugerah
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Kuasa Seorang Perempuan
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.
Renungan bersama...
"Tiap2 umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal kepada mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahuluinya"
Ahad, 2009 September 13
Malam Lailatul Qadar..
Daripada Aishah r.a telah berkata : ” Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)
Rasulullah SAW kekasih kita yang confirm ahli Syurga pun beribadat sampai begitu, tidak malukah kita?
Hadis dari sahabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah bersabda (yang ertinya):
“Sesungguhnya Aku melihat Lailatul-Qodar kemudian dilupakannya, Lailatul-Qodar turun pada 10 akhir (bulan Ramadhan) iaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”.
(HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan disahihkan oleh keduanya).
Kemudian hadis dari sahabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rasulullah bersabda (yang ertinya) “Sesungguhnya tanda Lailatul-Qodar adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaitan keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”. (HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqoh)



